Sunday, October 3, 2010

BeSt fRenZ NeVeR dIE........


"kawan??" ERmmmm...sume org tentu memerlukan seorang insan yang bernama KAWAN kan??dengan kawan2lah kadang2 kite mengadu masalah, bercerita!!!Huhu,,"mengumpatlah" selalunya..:) Kawan yang baik selalu menolong kite bla ada masalah,,,tp kawan yg errmmmm...pergggghhhhhh!!!! xtawlah nk kata. DARIN... itulah nama satu2nya kawan baik aku,,hehe,cute orangnye,,n 'friendly' jugak! lebih kurang 8 tahun kami berkawan,,dah kenal hati budi masing2 KOWT,,dia seorang yang friendly sangat,,,tu yang mudah bergaul dengan sape2 je,,banyak jugak persamaan antara kami berdua ney,,salah satu daripadanya suka menyanyi!!haha,,and suka minum "milo ais"....tulah favourite kami. Mse sek dulu boleh la STUDY sama2..MAKAN sama2..tp sekarang ikut haluan masing2,,aku...ermmm..d ipgktb laaaaa,,dia pulak d UNIMAP..harap2 persahabatan kami  tidak akan pernah putus,,,,hope for that!!!!huhu,,,chaoooo,,

DUNIA MULTIMEDIA.............


Friday, September 10, 2010

Terangkan maksud multimedia.

Perkataan "multimedia" adalah kata gabungan kepada dua perkataan utama iaitu multi dan medium. Multi membawa maksud banyak atau pelbagai.Medium merupakan alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, alat pengantar atau pengantara suatu bentuk komunikasi semasa seperti surat khabar, televisyen, majalah atau internet. Secara umumnya, multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi maklumat untuk mencipta,menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.


Kenapa konsep multimedia itu diberi keutamaan dalam banyak segi saluran maklumat?



Penggunaan multimedia semakin meluas dalam dunia teknologi hari ini. Oleh itu,telah wujud pelbagai bidang yang menggunakan multimedia. Contohnya,kegunaan multimedia dalam bidang pendidikan,perniagaan atau perdagangan, perubatan, hiburan dan sebagainya. Multimedia mempunyai banyak kepentingan dan kelebihannya dalam banyak segi saluran maklumat. Misalnya,penggunaan media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan internet dapat menyebarkan sesuatu maklumat dengan cepat. Selaras dengan itu,multimedia mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam bidang-bidang tertentu.

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Jika dahulunya pendidikan tidak didedahkan dengan penggunaan teknologi, namun pada era globalisasi ini bidang pendidikan banyak menggunakan teknologi multimedia sebagai saluran yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat kepada pelajar-pelajar. Dengan adanya kemudahan teknologi multimedia,ia akan memudahkan segala urusan pembelajaran dan pengajaran di samping dapat menjimatkan masa.Teknologi multimedia juga mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan kerana ianya boleh mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video.

Antara contoh penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan ialah penggunaan microsoft word, microsoft powerpoint dan sebagainya. Metod sebegini dapat memberikan gambaran lebih jelas lagi apa yang ingin disampaikan melalui penggunaan multimedia. Selain itu, media juga telah dapat dibuktikan sebagai satu alat bantu mengajar yang dapat memudahkan panyampaian pengajar dan juga meningkatkan tahap penerimaan dan pembelajaran pelajar.

Kelebihan penggunaan multimedia dalam pendidikan
a) sebagai sumber maklumat/pengkalan data
   -mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain
   -untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat
   -memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran


b)sebagai bahan khusus untuk memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P)
   -memperkayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar prasekolah dan       
    sekolah rendah.
   -menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan 
    berinteraksi secara individu dengan teknologi terkini.

c)sebagai alat bantu mengajar 
   -menginteraksikan klip video dan animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam   
    pengajaran.


PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PERNIAGAAN

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak yang positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Penggunaan teknologi dapat mengembangkan perniagaan ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti internet dan e-dagang. Selain itu, penggunaan multimedia dapat mewujudkan hubungan diplomasi antara negara kerana saling berhubung walaupun pada jarak yang jauh. Antara teknologi yang menjadi aplikasi penting termasuklah aplikasi tanpa wayar, 3G (generasi ketiga), pembantu peribadi digital (PDA) dan perkomputeran di rumah. Penggunaan multimedia amat penting untuk mengembangkan lagi perniagaan dan perdagangan.

Multimedia digunakan dalam perniagaan seperti persembahan (presentation), latihan, pemasaran, demonstrasi produk, katalog produk dan komunikasi di dalam rangkaian. Persembahan multimedia pada masa kini dapat memberi minat kepada pendengar dengan mencantumkan unsur animasi, audio, dan klip video dalam satu persembahan berbanding menggunakan 35mm slide dan overhead projector yang hanya dapat menggunakan unsur  teks dan grafik sahaja.


Multimedia mengubah cara perniagaan. Perbankan secara on-line dan membeli-belah secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang(cashless). Maybank2U contohnya membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di akaun bank mereka, melihat transaksi kad kredit, memindahkan wang ke akaun yang lain, melaburkan duit ke dalam saham dan membayar bil secara on-line.

Syarikat membayar wang untuk mengiklankan operasi perkhidmatan perniagaan mereka di internet. Di televisyen, iklan yang dipaparkan adalah percuma kerana syarikat pengiklanan telah membayar kos operasi pemancaran televisyen. Pengiklanan di internet juga mempunyai konsep yang sama seperti di televisyen. Sebagai contoh, iklan-iklan komersial telah membayar satu enjin pencari yang terkenal yahoo.com untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka melalui banner yang disediakan di yahoo.com.

PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PERUBATAN

Bidang perubatan juga turut tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan penggunaan multimedia. Organisasi seperti hospital, klinik, farmasi dan sebagainya menggunakan sistem-sistem maklumat berkomputer untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada pengguna. Salah satu aplikasi dalam projek Koridor Raya Multimedia adalah tele-perubatan. Tele-perubatan menggunakan teknologi multimedia untuk menyediakan pelbagai faedah kepada semua pihak dalam sektor perubatan. Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan boleh dicapai oleh mana-mana individu. Tele-perubatan menggunakan ICT dan elektronik bagi penyediaan serta menyokong sektor berkaitan yang bukan sekadar sebagai kegunaan setempat, malah amat berfaedah ketika pengguna berada di lokasi berlainan.


Tele-perubatan adalah sistem yang menghubungkan doktor, pentadbir, penyelia perkhidmatan dan pesakit. Hal ini juga dapat menghubungkan masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman. Antara aplikasi utama tele-perubatan termasuklah klinikal, pendidikan, pentadbiran, penyelidikan, penilaian atau pemeriksaan pesakit, diagnosis dan perundingan. Hospital Putrajaya merupakan hospital pertama yang mengamalkan pendekatan elektronik.Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) membolehkan proses rujukan kes pesakit dilakukan di mana sahaja pesakit mendapat rawatan. Dalam Rancangan Malaysia ke-8 mengatakan tele-perubatan bertujuan mempercepatkan pencapaian visi penjagaan kesihatan di Malaysia untuk melahirkan individu,keluarga dan masyarakat yang sihat.

Sunday, August 22, 2010

I HATE CHARLIE!!!!!!!!!!

Bencinye...mata aku dh bengkak!bdan dh berparut....ape lg yg dia nk wat kt aku??..tensiOn3..
knapelah benda 2 wujud d bumi ney!!xleh biar org hidup aman!first time aku dgr n nmpak benda 2 kt penang ney..kt kedah xde pOwn..trseksa btul aku dgn menatang ney!!!!!!!!

Sunday, August 15, 2010

life must go on!!!....go!go!

my name is salittaa...but my classmates call me 'tata'!!!funny kan??skunk aku belajaq kat ipg kampus tuanku bainun.(bm)..emmm..agaknye dh nk masuk 2 bulan aku kt cnie..aku opsyen tesl..classmates aku plak sume gila2...hehe..best la kawan ngan diorang!!happy jgk aku kat cnie...tp kadang2 tensiOn lar...byk problem aku hadapi kat cnie.aku otw nk tkaq opsyen.dh apply pOwn...minx2 dptlah...tp aku terpaksa punahkan harapan papa aku..harapan papa dan mama aku yg aku akan menjadi seorang guru bahasa inggeris.!!!tp aku xde pilihan...ney sume masa depan aku..aku terpaksa!!but life must go on...klu aku  x dpt tukar,aku kena truskan jgk...itulah lumrah hidup..